Monday 24 March 2014

Result SPM...errrr..

Assalamualaikum..
Tarikh 20/3/2014 merupakan hari yg amat bersejarah buat aku dan semua warganegara Malaysia yang lahir pada taun 1996.. Senang cerita, hari ni result SPM diumumkan! Dup..dap..dup..dap..
Biasanya, orang yang nak ambil result SPM ni, seminggu sblm result dah tak boleh tido.. Aku?? Tido tetap tido! Tak kiralah sebelum keluar result hatta malam sebelum SPM pun aku tidur nyenyak. Yelah sesetengah orang kalau dah nervous, mata pun tak boleh pejam!

Ok..ok.. Stop merepek! Straight to the point!
FYI, aku drive sendiri tau nak pergi ambil result.. Dasat tak aku?? Kawan2 aku semua terbeliak bijik mata tengok aku drive.. Yelah, apa guna ada lesen kalau tak praktikkan, kan, kan?? Alah kalau setakat kete auto, adik aku yg takde lesen pon boleh bawak.. Apalah sangat..
Sampai je dekat sekolah, aku terus arr jumpe kawan2 aku sampai tertinggal ayah aku kat belakang, toleh2 aja tak nampak dah! Dah nampak kawan punya pasal.. Lame kot tak jumpe, 2 bulan... Rindu derr! Dahlah semua jauh2.. Budak hostel punya rindu dgn budak sekolah harian punya rindu ni berbeza.. Budak sekolah harian rindu dia biasa2 je.. Budak hostel macam aku ni, lain macam sikit rindunya.. Almaklumlah.. dah lima tahun sekolah sama2, belajar sama2, makan sama2, tido sama2, mandi sama2, solat sama2, pendek kata, semuanya sama2 lah.. Nangis nak balik waktu Form 1 pun sama2 gak..

Sekolah aku tak macam sekolah lain.. datang pukul 10, ko ambik result, ko nangis2, jumpa cikgu jap, pastu balik.. Sekolah aku punya style pulak lain... Ko datang pukul 10, ko sembang2 dgn kengkawan ke mak bapak ke, kul 11 ko masuk dewan lepas nampak pengetua masuk, ko dengar ucapan panjang2, ko dengar keputusan budak cemerlang, kalau takde nama ko, ko pegi amek result dekat cikgu, nangis2, happy2, balik.. Panjang lebar prosedur nak amek result dekat sekolah aku.. Tu yang sampai pukul 12 baru balik tu..

Dipendekkan cerita, pengumuman result start dgn budak 8A dulu which is hanya 5 orang aja.. Dalam hati, aku mintak2 sgt janganlah ada nama aku.. Aku nak lebih! Alhamdulillah.. tak ada! Lepas tu diumumkan pulak nama budak2 9A, lima org jugak..Kalau dapat ini pun bolehla, dari 8A sbb aku kurang yakinla kalau nak dapat lebih 9A,... Alhamdulillah, aku nama kedua yg diumumkan dapat 9A...

So, result aku adalah seperti berikut....
4A+ : BM, Sejarah, Syariah, Matematik
4A   : BI, Arab, QuranSunnah, Add Math (aku paling tak caye add math aku!)
1A- : Biologi (tak sangka jugak sbb Bio ni susah!)
2B+ : Fizik, Kimia ( fizik tak terkejut sangat sebab aku mmg tak pernah dpt A pon, kimia je mcm tak caye sbb aku target maybe A-.. takpelah, dah rezeki)

Memang sayanglah Fizik dengan Kimia tu.. Kalau tak, aku dah boleh apply biasiswa JPA pergi Korea dah.. Walaupun course dia aku tak minat (engineering).. Tapi tempat dia memang wishlist aku.. Korea kot...


Okaylah, tu je kot... 안녕히 가세요... goodbye!

No comments:

Post a Comment