Thursday 24 April 2014

BUKU BIODATA... memori budak sekolah

Assalamualaikum.. Salam hormat, salam sejahtera, salam 1Malaysia!! Ohoho.. Shemangatnya aku update blog malam ni... Setelah sebulan menyepi akirnya aku kembali... Jeng..jeng..jeng!!! Walaupun takde sape yg sudi bace, aku redha.. Takpela.. aku bce sendiri pun okay dah..

Malam ni aku sangat bosan krn kedua-dua tv telah dikuasai oleh adik2 dan parents aku.. Jadi akibat kebosanan tahap melampau ni, aku pun mulalah godek-godek barang dlm rumah aku ni... Pada yg tak tahu, godek2 tu maksudnya selongkar, okay... Godek punya godek aku terjumpa buku biodata adik aku.. Alah yg jual 50 sen satu tu.. Dulu aku pun ada satu buku biodata.. Masa aku kanak2 ribena dulu, memang jadi trend budak2 ada buku biodata... Ada yang beli dekat kedai, kalau jenis yg tak berapa nak pandai pujuk mak bapak belikan, dia buat buku biodata pakai buku latihan yang tak guna... Aku ingat lagi dlu, banyak gila buku biodata yg aku isi..

Aku pun buat jugak buku biodata tp entah ke mana hilangnya, aku pun tak tau..
Memang ramai jugak lah biodata yg aku kumpul.. waktu tulah nampak kreativiti kawan2 aku hias biodata, pakai pensel warnalah, pen warnalah, lukis kartunlah.. tapi tu waktu sekolah rendah.. Sekolah menengah pun ada jugak yg pass buku biodata suruh isi.. Tapi, hiasan semua mature lagilah kalau nak banding dgn sek. rendah punya..kalau aku, aku suka baca buku biodata handmade, maksudnya buku nota kosong yg diisi dgn biodata mengikut kretiviti.. especially yg budak sekolah menengah punya sbb hiasan + tulisan lebih lawa dan mature...

Bila aku terjumpa aja buku biodata adik aku, mulalah tangan aku mengisi ruangan kosong yg ada.. Sampai dua ruangan aku isi tau! Tamak betul.. Yelah, aku rindu lah nak tulis biodata.. Yelah zaman sekolah dah berlalu, takde sape nak mintak biodata aku dah.. sedeh... Jadi, alkisahnya, tengah aku menconteng buku biodata tu, tetiba aku terpikir nak tulis biodata dkt sini.. ya, dekat blog aku utk suka2 so, kalau korng dah bosan nak baca entri aku sekarang, dinasiatkan berhenti krn dikuatiri anda akan muntah darah membaca biodata perasan hebat aku ni.. huhu..

Nama - Nur ____________________ (isi sendiri tempat kosong.. korang pikirlah nama apa yg sesuai utk aku sebenarnya..)
Nama timangan - Banyak, tapi yg pling tak boleh blah, ad org panggil aku DIDI.. hakhak.. gedik pulak rasanya
Tinggi - Taklah tinggi mana... Antara adik beradik aku, rsenya aku pling pendek...
Berat - oh no, no, no! Jangan mimpi aku nak kasitau berat aku
Tarikh lahir - 17__96
Tempat lahir - Perak

Warna kegemaran - purple, brown, grey
Sukan/permainan - suka main bola tampar, suka tengok hoki
Subjek - add maths(walaupun tak pro), maths, bio, kimia
Makanan - semua yg sedap aku hentam (tapi halal lah..)
Minuman - asalkan takde bahan yg pelik2, aku telan je..
Artis - singer: SHINee, EXO, SuJu,Yoon Mirae,  Sixth Sense, Hafiz,
           pelakon: shukri yahya (walaupun x femes mana), nelydia senrose
Lagu - aku dengar semua lagu yg aku rase sedap telinga aku dengar.. kdg2 aku kenal penyanyi tu sbb lagu dia aja.. tp, biasanya aku ske dengar lagu Korea.. kalo lgu Melayu, aku suka dgr lagu yg penyanyi lelaki nyanyi.. tak tau kenap, aku tak berap minat lagu perempuan tp dengarlah jugak kekadang..
Rancangan televisyen - kalau versi omputih, aku ske tgok citer ala2 polis mcm Hawaii Five-0, CSI.. kalau korea, aku ske tgok variety show mcm Runningman, Happy Together, Gag Concert.. kalau versi melayu, aku tgok je semua.. tp kalau citer mengarut2 mmg malas aku nak tengok..
Karakter kartun - ni soalan yg agak susah aku nak jawab sbb aku dah lama tak tgok kartun.. tapi kalau kartun dulu2, aku suke..... ape ye?... susah pulak nak ingat.. err... Mr Mario bleh tak??
Haiwan peliharaan - secara rasminya aku ada 3 ekor kura2 yg besar dan tak rasminya, ada sekor ibu kucing yg manja.. utk makluman, anak2nya bukan di bawah peliharaan aku..

Hobi - tengok tv, tengok utube, bukak fb, berangan
Cita-cita - ramai orang tak caye tp hakikatnya, aku mmg tak ada cita2.. shame of me!
Matlamat saya - Nak belajar rajin2 -> dpt kerja bagus -> kumpul duit -> beli suzuki Swift (yes, I am a fan of swift!)
Kelebihan saya - mengeluarkan hujah tanpa henti tak kira bernas atau tidak, tak suka bermusuh, pandai
Pengalaman manis - Of course, dpt keputusan yg cemerlang, 5A UPSR, 9A PMR, 9A2B SPM.. walaupun tak hebat mana, tapi dah cukup manis buat aku.. sweet mcm gula gitu..
Tempat yg ingin dilawati - walaupun aku tahu aku belum layak, aku teringin nak pegi mekah.. jeles tgok org gi sana... aku pun teringin gak nak gi KOREA.. yes, teenage dream zaman ini
Ayat yang kerap disebut - haigooh...ottoeke?? (nampak tak pengaruh korea di situ)
Impian hidup - ni panjang sikit..
* Hamba yg sentiasa menyedari kelemahannya berbanding Yang Maha Esa
* Aku nak jadi anak yang berbakti pd kedua parents aku
* Pelajar yg tak pernah lupa jasa guru2 aku
* Manusia yg sentiasa ikhlas dan happy menjalankan pekerjaan aku
* Basically, aku nak hidup yang normal macam orang lain yang bahagia dan sentiasa diredhai Allah dunia dan akhirat..

itulah coretan aku kali ni.. mata pun dah mengantuk.. so, sampai sini jelah kali ni... see yaaa!!