Monday 24 March 2014

Result SPM...errrr..

Assalamualaikum..
Tarikh 20/3/2014 merupakan hari yg amat bersejarah buat aku dan semua warganegara Malaysia yang lahir pada taun 1996.. Senang cerita, hari ni result SPM diumumkan! Dup..dap..dup..dap..
Biasanya, orang yang nak ambil result SPM ni, seminggu sblm result dah tak boleh tido.. Aku?? Tido tetap tido! Tak kiralah sebelum keluar result hatta malam sebelum SPM pun aku tidur nyenyak. Yelah sesetengah orang kalau dah nervous, mata pun tak boleh pejam!

Ok..ok.. Stop merepek! Straight to the point!
FYI, aku drive sendiri tau nak pergi ambil result.. Dasat tak aku?? Kawan2 aku semua terbeliak bijik mata tengok aku drive.. Yelah, apa guna ada lesen kalau tak praktikkan, kan, kan?? Alah kalau setakat kete auto, adik aku yg takde lesen pon boleh bawak.. Apalah sangat..
Sampai je dekat sekolah, aku terus arr jumpe kawan2 aku sampai tertinggal ayah aku kat belakang, toleh2 aja tak nampak dah! Dah nampak kawan punya pasal.. Lame kot tak jumpe, 2 bulan... Rindu derr! Dahlah semua jauh2.. Budak hostel punya rindu dgn budak sekolah harian punya rindu ni berbeza.. Budak sekolah harian rindu dia biasa2 je.. Budak hostel macam aku ni, lain macam sikit rindunya.. Almaklumlah.. dah lima tahun sekolah sama2, belajar sama2, makan sama2, tido sama2, mandi sama2, solat sama2, pendek kata, semuanya sama2 lah.. Nangis nak balik waktu Form 1 pun sama2 gak..

Sekolah aku tak macam sekolah lain.. datang pukul 10, ko ambik result, ko nangis2, jumpa cikgu jap, pastu balik.. Sekolah aku punya style pulak lain... Ko datang pukul 10, ko sembang2 dgn kengkawan ke mak bapak ke, kul 11 ko masuk dewan lepas nampak pengetua masuk, ko dengar ucapan panjang2, ko dengar keputusan budak cemerlang, kalau takde nama ko, ko pegi amek result dekat cikgu, nangis2, happy2, balik.. Panjang lebar prosedur nak amek result dekat sekolah aku.. Tu yang sampai pukul 12 baru balik tu..

Dipendekkan cerita, pengumuman result start dgn budak 8A dulu which is hanya 5 orang aja.. Dalam hati, aku mintak2 sgt janganlah ada nama aku.. Aku nak lebih! Alhamdulillah.. tak ada! Lepas tu diumumkan pulak nama budak2 9A, lima org jugak..Kalau dapat ini pun bolehla, dari 8A sbb aku kurang yakinla kalau nak dapat lebih 9A,... Alhamdulillah, aku nama kedua yg diumumkan dapat 9A...

So, result aku adalah seperti berikut....
4A+ : BM, Sejarah, Syariah, Matematik
4A   : BI, Arab, QuranSunnah, Add Math (aku paling tak caye add math aku!)
1A- : Biologi (tak sangka jugak sbb Bio ni susah!)
2B+ : Fizik, Kimia ( fizik tak terkejut sangat sebab aku mmg tak pernah dpt A pon, kimia je mcm tak caye sbb aku target maybe A-.. takpelah, dah rezeki)

Memang sayanglah Fizik dengan Kimia tu.. Kalau tak, aku dah boleh apply biasiswa JPA pergi Korea dah.. Walaupun course dia aku tak minat (engineering).. Tapi tempat dia memang wishlist aku.. Korea kot...


Okaylah, tu je kot... 안녕히 가세요... goodbye!

Tuesday 11 March 2014

JPJ Test.. Part 2

Assalamualaikum..
Semalam dah cerita pasal motor, hari ni aku nak cerita pasal kereta lah pulak.. Bukan apa, kalau lama2 nanti aku sendiri terlupa..

Waktu test kereta ni, sebenarnya aku datang lambat sikit.. sikit je, tak banyak.. Tapi nasib baik waktu aku sampai pakcik JPJ belum datang lagi.. Bila diorang datang, mulalah sesi taklimat.. Kecut jugak perut aku dengan pakcik yg bg taklimat.. Dahlah muka garang, cakap pun macam nak mengaum aja aku dengar..
Okay..okay.. Malas nak cerita panjang pasal pakcik Jpj.. Jom start cerita pasal test..

image from google image
Bukit - Masalah paling common pasal bukit ni ialah nak turun bukit.. Kadang2 tu.. Naik bukit dah cun dah, ngam2 aja tayar dlm line kuning.. Sekali bila nak turun bukit, mengundurlah pulak... Kalau tayar still dalam line kuning, kira selamatlah lagi.. tapi kalau dah keluar line... Selamat tinggal ajalah.. Masa aku belajar, aku tak pernah ada masalah kereta mengundur ke apa, masalah aku nak berhenti dalam line kuning, lepas tu bila nak gerak enjin mati.. Tapi nasib baik... Waktu test aku LULUS!! Mula takut jugak sbb kereta yg aku pakai waktu test tu, clutch dia tak sama dgn kereta yg biasa aku pakai utk belajar.. clutch dia kena angkat lebih sikit baru kereta gerak.. Cousin aku dulu fail bukit sbb kereta tulah...\Aku?? Nasib baiklah aku ni bukan jenis yg aim clutch angkat lebih ke tak.... Aku jenis yg mmg turun handbreak bila kereta gerak.. Tapi hari tu, cuak punya pasal, aku tertekan minyak kuat2.. Mengaum2 kereta tu... Tapi tak kisahlah.. Aku dah LULUS!!

Parking - Parking ni senang aja nak lulus.. Asalkan tak langgar tiang, oklah tu.. Ko nak mati enjin beratus-ratus kali pun tak apa..
image from google image

Masa aku belajar parking, memang aku parking ngam2 aja bontot kereta nak langgar tiang.. Maksud aku, sikkiiit.... aja lagi nak langgar tiang belakang.. So, memang aku dah bajetlah banyak mana tayar masuk, kan?? Lepas tu, masa test.. Memang aku buat macam waktu belajar... Lagi berapa inci aja nak cium tiang tu... Masa aku reverse.. Tetiba dengar pakcik JPJ tu menjerit.. oooopppp!! Suruh aku berhentilah gamaknya.. Agaklah, kereta aku dah nak langgar tiang, mestilah pakcik tu cuak! Tapi sebenarnya, aku memang dah bajet ngam2.. So, pakcik tu aja yg tercuak lebih.. Relax arr pakcik.. Saya dah aim cukup2 dah... Konpem tak langgar punya e...

Tiga penjuru - Ini memang nightmare arr... Ko tak boleh langgar tiang, tak boleh mati enjin.. Ko kena fokus!!! Berbeza dengan parking, part ni bila aku mengundur, jarak bontot kereta dengan tiang belakang almost sebatu! Cikgu yg ajar aku memang selalu marah part ni... Katanye.. 'Ko nampak tak tiang tu dengan kete ko?? Jauh!! Apasal yg ko takut sgt nak mengundur??????' Wah.. garang gila cikgu ko!! Tak.. cikgu tu tak garang... Baik je sebenarnya aku je yg suka menaikkan kemarahan dia... Tapi tak kisahlah, asalkan aku dah LULUS.. Cuma waktu nak keluar tu aja enjin nyaris mati.. Tersengguk jugakla kereta tu..Nasib baik tak berhenti kalau tidak...

Jalan raya - Bila dah lulus bukit dll.. Tiba masa utk jalan raya.. Bagi aku, jalan raya tak susah sgt.. Aku ada msalah bila nak keluar simpang ke kanan dan kalau berhenti dekat traffic light..
Memang slow bila aku nak mula jalan balik.. Masa test, aku cuma berharap agar lampu traffic light sentiasa hijau dan ko tau apa jadi?? Bukan.. bukan lampu merah.. Aku tak lalu traffic light langsung! Alhamdulillah..
Honestly, aku sebenarnya aim nak naik dengan sorang pakcik JPJ yg aku rasa belum layak panggil pakcik lagi.. Abang kot..  Sebab aku tengok dia macam baik aja.. Dialah yg tanya aku pasal brek motor haritu.. Tapi hajat tak kesampaian...
Masa test, waktu aku nak keluar simpang pergi jalan besar, nasib baik tak banyak sangat kereta.. Aku pun keluar simpang dengan mudahnya.. Dan dengan megahnya, aku tukar gear 1 jadi gear 2... gear 3.... gear 4... biasanya aku jalan dekat situ sampai gear 5 tapi... disebabkan depan aku ada lagi satu kereta sekolah memandu bawak slow gila... aku tak delah bawak gear 5.. terpaksa aku turun balik gear 3.. 
ko bayangkan.. slow gilerr akak depan tu baak kerete.. belakang aku berderet2 lori.. nak aja aku potong akak tu tapi, aku ni bukannya pandai sangat memotong.. kang tengah aku potong tetiba datang lori besar, tak ke gelabah aku nanti?? Silap-silap pakcik JPJ tu suruh aku berenti, padan muka kau! 

Bila dah habis test jalan raya, aku pun turun dengan bergayanya dari kereta sebab aku dah lulus.. Bangga kot.. tetiba tengah aku jalan2 tu aku ternampak abang JPJ yg aku wish test aku tu bawak kereta.. ko paham-pahamlah kalau dah JPJ yg bawak kete ko balik, dah sahlah ko fail.. Sebelum aku mula test tadi pon abang JPJ tu bawak jugak kereta.. Mak oii.. Banyak betul orang yang dia failkan.. Mujur aku tak naik dengan dia... Maybe mood dia tak baik kot hari tu.. Itu yang senang2 aja nak failkan orang.. Tak pun memang dia suka bawak kereta tu...

Okaylah.. tu jelah kot pasal test kereta aku.. Tak ada apala sangat... Biasa je.. Semua orang pon cerita lebih kurang aja dengan aku kot...Okay, babai!!

Monday 10 March 2014

JPJ test.. Hmmm.. Ko rasa??

Assalaaamualaikum...
Sgt excited nak update entry kali ni (tak tau knapa)...
Jumaat lepas, aku ada test JPJ utk lesen B2.. Pd yg konfius, B2 tu lesen motor.. Alhamdulillah, aku dah LULUS!! Nyaris aja nak fail.. Maklumlah waktu QTI sblm test, aku fail kot.. Langgar tembok sampai keluar litar.. Malu derr.. Dahlah ramai orang tengok.. Lepas tu tak ada siapa yg nk tolong... Semua tolong tengok aja!! Sudahnya, aku sendirilah mencuba sedaya upaya dengan kudrat aku yg tak seberapa ni nak tolak motor berat tu masuk balik dlm litar.. 

Okayy... Jom cerita pasal test!

Start motor- hakikatnya, ini tak termasuk dlm ujian JPJ.. Tapi kemahiran nila yg pling penting.. Kalau ko tak boleh start enjin motor, manalah ko boleh nak buat test, kan??
Aku pon sebenarnya pling tak confoident nak start motor ni sbb sepanjang aku belajar motor, aku tak pernah berjaya nak start motor.. Kat rumah pon motor ayah pakai tekan butang aja nak start.. Nasib baiklah waktu test pakai motor baru.. Senang aja nak start (walaupun 2-3 kali aku pijak benda tu)

Pusingan 8- Ini tak ada masalah sgt kot.. Aku pass dgn mudahnya.. Yg penting, jangan langgar tembok! Aku pernah tgok ada sorang budak ni, dia buat pusingan 8 mcm Valentino Rossi buat lap.. 

image from google image

Ko bayangkan!! Dalam hati, kau cakap, 'Ko dah kenapa? Ko ingat ko terrer sgt ke?? Kalau test JPJ, janganlah ko nak tunjuk terrer silap-silap pak cik JPJ tu gagalkan ko sbb memandu secara merbahaya'

Titi- Bahagian yg paling ditakuti oleh para calon especially perempuan.. Kalau ko tak pandai nak balance, baik ko jgn ambik test lagi... belajar balancekan badan, baru datang.. Go back and practice!
image from google image

Waktu belajar dulu, memang banyak kali aku jatuh titi tapi, nasib baik waktu test aku lepas.. Nyaris aja nak jatuh tapi aku pecut.. Aku pun tak sure sebenarnya aku lepas 7 saat ke tdk.. Pak cik JPJ tu pun aku tak nampak pegang stopwatch.. Ceit.. Punyalah beria waktu berlatih dulu aku kira 1001..1002... sampai 1007, sekali waktu test, tak kira pon.. 

Kon - Malas aku nak cakap.. nanti org kata aku bangga diri pulak.. Tapi, kon ni senang yg amat!!!
image from google image
Asalkan tak langgar kon, ko dah pass lah tu..

Emergency Break - Dalam banyak-banyak part, emergency break lah satu-satunya bahagian yg aku dpt pangkah dlm borang.. Walaupun dua kali aku buat.. Sbelum test, pak cik JPJ tu dah pesan, break tangan & kaki serentak so, aku mulalah nak gelabah sbb selama ni, aku break kaki dulu baru tangan.. Bila test, aku trylah brek kaki & tangan serentak lps tu pak cik JPJ tu suruh aku buat lagi sekali.. Sblm tu, dia tahan aku dulu, tanya kalo2 brek motor tu ada masalah.. Manalah aku nak tau brek tu okay ke tdk... Otak aku masa tu tak berapa nak stabil.. Nervous sgt.. Aku pun main ye kan aje.. Sudahnya, padan muka aku, dpt X sebijik!!

Ujian Jalanraya - Inilah yg pling aku lemah sekali... Ko bayangkan... Aku dahlah tak gheti nak start motor, disuruhnya pulak aku matikan enjin lepas tu start balik... Berpeluh-peluh aku dekat situ.. Nasib baik motor tu baik dengan aku.. Lepas cek lampu cermin ape semua, aku mulakan perjalanan... tapi pastikan dapat arahan JPJ dulu.. Kalau tak, ko kena ulang balik bahagian jalanraya...Ujian JPJ ni ada 3 selekoh maut.. 1. Lps brek emergency nak ke jalan raya (ini tak maut sgt..) 2. Bila nak mula jalan lps pemeriksaan motosikal ( ini 50-50.. ala-ala nazak gitu).. 3. Selekoh lps berhenti simpang ( ini paling maut!! Banyak yg tak dpt diselamatkan.. aku fail QTI dkt simpang nilah..)

Tongkat Dua - bagi orang perempuan, ini macam sesuatu yg sgt mustahil! Masa aku belajar dulu, aku paling benci nak tongkat dua ( tp tak sebenci start motor).. Motor tu dahlah berat, aku ni bukannya kuat sgt pon.. Nak tercabut bahu aku mengangkat motor tu nak bagi dia tongkat dua! Nasib baik waktu test, motor tu ringan, boleh aku tarik motor dgn mudah dan bergaya...

Lepas habis tongkat dua, maka berakhirlah ujian motor pada yg luluslah.. Kalau ko fail, ko maknanya belum berakirlah ujian ko.. ko kena ulang balik.. Aku? Aku test sekali aja... Bangga pulaak... lepas sain borang, aku terus tinggalkan litar motor dengan semangat dan rasa bangga yang melampau krn aku takkan jejakkan lagi kaki aku dekat litar motor tu..

Tu jelah untuk hari ni.. Test kereta next entry aku cerita... nanti kalau aku buat entry panjang2 bosan pulak..

Thursday 6 March 2014

Testing..1...2...3!!!

Finally!!! Akhirnya dapat jugak aku merasa ada blog.. Huhu.. 
Sebelum ni memang ada blog tp mcm tak jalan sgt sudahnya bersawang aja blog tu sbb aku lupa password... Almaklumlah, orang busy katanyerr... Jarang bukak blog, terus lupa password.. Padan muka aku!

Anyway, sekarang mungkin aku akan selalu update blog.. (mungkin, ya! ditegaskan, MUNGKIN) memandangkan sekarang ni aku masih menganggur ... buruk pulak bunyinya.. Yelah, memang betulpun aku tak kerja.. Result SPM pun belum dapat lagi..

Q: Kenapa tiba2 nak berblogging ni???
A: Sebenarnya dah lama teringin nak berblogging, cuma masa tak mengizinkan.. (jawapan            ko.. gramatis sgt..) 
Q: Ada ke orang nak follow blog kau ni??
A: Ada ke tak ada, tak kisah pun... Kalau ada, alhamdulillah.. Kalau tak ada, tak apa.. Aku              baca sendiri pun okay...
Q: Apa tujuan kau buat blog??
A: Macam2.. Tulis cerita, cerita pasal aku (bajet pemes), info2 menarik (macam terrer aje aku        ni), mengumpat  (astaghfirullah... nauzubillah.. macam jahat je aku ni..)

Maybe tu jelah.. Nama pun testing, kan?? Tak payahlah panjang2 sgt.. Tak ada sape nak baca pon...